Sekolah
Sekudai Batu 10 terletak di jalan Skudai. Kedudukannya lebih kurang 16
km dari Bandaraya Johor Bahru. Sekolah ini ditubuhkan pda tahun 1956
drengan nama asalnya Sekolah Rakyat Batu 10, Skudai. Sekolah ini pada
mulanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang dibahagikan kepada empat
buah bilik sahaja. Pada masa itu dua sesi persekolahan dijalankan. Sesi
pagi bagi sekolah kebangsaan dan pada sebelah petang digunakan bagi
sesi pelajar Sekolah Agama Skudai di bangunan yang sama. Sepanjang
sesi sekolah rakyat ini dua orang guru sahaja yang bertugas iaitu En. Semawi bin Tamam dan En.Tauhid bin Marwan.
Sekolah Rayat Batu
10 telah bertukar nama kepada sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10 pada
tahun 1960 diambil sempena Pokok Skudai. Daripada mempunyai empat bilik
darjah, sekolah ini telah ditambah sebuah lagi bangunan iaitu Blok B
yang mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar/
pejabat pada tahun 1971. Pada tahun 1971 sekolah ini telah digredkan
dan diberi taraf sekolah gred A luar bandar yang mana pada masa itu
telah berlaku pertambahan murid. Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10
telah dirasmikan oleh YB Tuan Syed Mohammad bin Edros Al-Haj (AMJ,AMN)
pada tahun 1971. pada tahun 1975 satu blok bangunan yang berdaftar
JKR4424 telah dibina iaitu blok C yang mempunyai 6 buah bilik darjah
dan sebuah pejabat Guru Besar sehingga lebih kurang 1200 murid pada
tahun 1989. sesi persekolahan masih dua sesi iaitu pagi dan petang.
Pada
tahun 1995 sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina di kawasan
sekolah SK Sekudai Batu 10 yang mengandungi 15 buah bilik darjah.
Bilik-bilik ini telah diubahsuai kepada bilik guru, pejabat, pra
sekolah dan lain-lain. Sehingga kini sekolah mempunyai empat blok
bangunan A,B,C dan D dan sebuah makmal komputer yang mula beroperasi
pada bulan ogos 2003. dari mula penubuhan 1956 sehingga sekarang SK
Sekudai Batu 10 ditadbir oleh 11 orang Guru Besar.