Sunday 25 January 2015

Program Anakku Sayang & Aku janji UPSR 2015

Program Anakku Sayang & Aku janji UPSR 2015 telah diadakan pada
# Hari : Sabtu (24 januari 2015)
# Tempat : Dewan Sayed Mohamed.

Aktiviti yang dijalan kan adalah

# Ceramah motivasi Ibu Bapa
# Taklimat bersama Ketua Panitia dan Pentadbir
# Penyerahan Mentor Mentee

Program ini bertujuan untuk membantu ibu bapa membuat persedian bagi menghadapi anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR

Ia juga dapat memberi panduan dan sokongan kepada ibu bapa supaya yakin dengan pihak sekolah bagi membantu anak-anak menghadapi peperiksaan UPSR 2015.

Dengan terlaksananya program ini, diharap ibu bapa mendapat pendedahan tentang matapelajaran serta format kertas peperiksaan supaya ibu bapa lebih jelas dan dapat membantu anak-anak.

Semoga hubungan erat dan kerjasama ibu bapa murid dengan guru dapat dipupuk.

Akhir kata, haparan agar anak-anak didik tahun 6 2015 akan mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini.





Monday 12 January 2015

"JOM KE SEKOLAH SESI 2015"

Bersempema hari pertama persekolahan bagi sesi 2015, sekolah telah mengadakan program "Jom Ke Sekolah" pada 11 Januari 2015.

Majlis ini telah dirasmikan oleh pegawai PPD Johor Bahru iaitu Encik Mahadi Bin Hj. Sufian.


Majlis ini bertujuan untuk mencapai

# kehadiran harian murid mencapai 100% setiap bulan

# zero bilangan datang lewat ke sekolah setiap hari.

Program Jom Ke Sekolah ini juga telah dihebahkan kepada semua komuniti di sekitar sekolah bagi membantu sekolah mencapai target kehadiran harian murid ke sekolah mencapai 100%.

Kerjasama ibu bapa perlu lebih erat untuk membantu kehadiran murid lebih awal ke sekolah.