Wednesday 27 March 2013

Syabas dan Tahniah Pemain Bola Baling Lelaki 2013

Syabas dan Tahniah kepada
PEMAIN BOLA BALING
SK BATU 10
yang telah merangkul tempat
ke-3 bagi peringkat zon.
21-03-2013
Tahniah juga kepada semua guru yang terlibat 





Pelajar Cemerlang 2012


Sejarah SK Sekudai Batu 10

Sekolah Sekudai Batu 10 terletak di jalan Skudai. Kedudukannya lebih kurang 16 km dari Bandaraya Johor Bahru. Sekolah ini ditubuhkan pda tahun 1956 drengan nama asalnya Sekolah Rakyat Batu 10, Skudai. Sekolah ini pada mulanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang dibahagikan kepada empat buah bilik sahaja. Pada masa itu dua sesi persekolahan dijalankan. Sesi pagi bagi sekolah kebangsaan dan pada sebelah petang digunakan bagi sesi pelajar Sekolah Agama Skudai di bangunan yang sama. Sepanjang sesi sekolah rakyat ini dua orang guru sahaja yang bertugas iaitu En. Semawi bin Tamam dan En.Tauhid bin Marwan.

Sekolah Rayat Batu 10 telah bertukar nama kepada sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10 pada tahun 1960 diambil sempena Pokok Skudai. Daripada mempunyai empat bilik darjah, sekolah ini telah ditambah sebuah lagi bangunan iaitu Blok B yang mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar/ pejabat pada tahun 1971. Pada tahun 1971 sekolah ini telah digredkan dan diberi taraf sekolah gred A luar bandar yang mana pada masa itu telah berlaku pertambahan murid. Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10 telah dirasmikan oleh YB Tuan Syed Mohammad bin Edros Al-Haj (AMJ,AMN) pada tahun 1971. pada tahun 1975 satu blok bangunan yang berdaftar JKR4424 telah dibina iaitu blok C yang mempunyai 6 buah bilik darjah dan sebuah pejabat Guru Besar sehingga lebih kurang 1200 murid pada tahun 1989. sesi persekolahan masih dua sesi iaitu pagi dan petang.

Pada tahun 1995 sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina di kawasan sekolah SK Sekudai Batu 10 yang mengandungi 15 buah bilik darjah. Bilik-bilik ini telah diubahsuai kepada bilik guru, pejabat, pra sekolah dan lain-lain. Sehingga kini sekolah mempunyai empat blok bangunan A,B,C dan D dan sebuah makmal komputer yang mula beroperasi pada bulan ogos 2003. dari mula penubuhan 1956 sehingga sekarang SK Sekudai Batu 10 ditadbir oleh 11 orang Guru Besar.