Thursday 27 June 2019

HARI PERTEMUAN MESRA 
SEK KEB SEKUDAI BATU 10

Tarikh : 30 Jun 2019
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah dan berjumpa dengan guru kelas untuk mengambil kad laporan anak masing-masing di bilik darjah.

Sekian, harap maklum.

Sunday 23 June 2019

Salam Perpisahan Buat Ustaz Mazlin

Yang dirai
Ustaz Mazlin b. Ibrahim
Selamat berpindah ke negeri kelahiran Kelantan
Setelah 22 tahun berkhidmat di sini
Semoga lebih baik dan cemerlang di sekolah baru






Thursday 20 June 2019

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah 2019

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada 20 Jun 2019 (Khamis).
Sambutan dimeriahkan dengan persembahan dan peragaan baju raya sebelum jamuan kelas.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!









Wednesday 19 June 2019

Majlis Sambutan Hari Raya & Majlis Perpisahan Ustaz Mazlin

Makluman :

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah akan berlangsung pada 20 Jun 2019 (Khamis), berserta dengan Majlis Perpisahan Ustaz Mazlin.
Oleh itu, murid-murid diingatkan untuk berpakaian Hari Raya dan membawa kuih-muih/juadah (sekiranya ada) untuk dikongsi bersama rakan-rakan.
Anugerah untuk pakaian raya terbaik turut disediakan.
Harap maklum.

Tuesday 18 June 2019

TAHNIAH SK SKUDAI BATU 10, JOHOR ~CHAMPION FOR BEST ROBOT ~

TAHNIAH SK SKUDAI BATU 10, JOHOR!!!
Muncul Johan Bagi Kategori Rekaan Robotik, 1st International Lego Education Robotics di Langkawi, Kedah.
🏆CHAMPION FOR BEST ROBOT 🤖
Pertandingan di adakan di Langkawi bermula 16 Jun sehingga 18 Jun 2019





Thursday 23 May 2019

Makluman Cuti Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2019

Makluman Cuti Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2019 
Peringatan
cuti akan bermula pada 24 Mei sehingga 10 Jun 2019


Saturday 18 May 2019

Majlis Berbuka Puasa & Program Solat Hajat Tahun 6 2019

Majlis Berbuka Puasa & Program Solat Hajat Tahun 6.
Tarikh : 16 Mei 2018 (Khamis)
Masa : 7.00 - 10.00 malam
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah hadir menjayakan majlis. Semoga doa dari ibu bapa dan para guru mengiringi usaha anak didik SK Sekudai Batu 10 ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat, Insyaallah.






Saturday 4 May 2019

Kunjungan Legoland Eduplay Express Bus di SK Sekudai Batu 10

Kunjungan Legoland Eduplay Express Bus di SK Sekudai Batu 10 pada 2 Mei 2019.
Seramai 120 orang murid Tahap 2 yang terlibat. Semoga kunjungan ini sedikit sebanyak memberi pengalaman baharu kepada murid-murid yang terlibat.






Tuesday 30 April 2019

Tahniah! Karnival Bahasa Cina (SK) peringkat daerah

Tahniah kepada wakil murid SK Sekudai Batu 10 yang telah memenangi tempat ke-5 di Karnival Bahasa Cina (SK) peringkat daerah.
Karnival telah berlangsung pada 17 April 2019 bertempat di SJKC Pu Sze.


Sunday 28 April 2019

Program Jelajah BH Didik - Klinik UPSR Fasa 1 2019

Program Jelajah BH Didik - Klinik UPSR Fasa 1 anjuran MBSB Bank pada 26 & 27 April 2019.
Semoga input daripada para penceramah dapat memberi impak & manfaat kepada calon-calon UPSR SK Sekudai Batu 10.

Friday 26 April 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 25 April 2019.
Terima kasih tidak terhingga kepada kumpulan PIBG SK Sekudai Batu 10 yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis bagi menghargai warga pendidik SK Sekudai Batu 10.
Semoga usaha ini dapat menyuntik semangat para guru untuk meningkatkan lagi kecemerlangan SK Sekudai Batu 10.
Sambutan pada tahun ini bertemakan "back to school"







Thursday 25 April 2019

Tahniah kepada dua orang kadet dari SK Sekudai Batu 10 ~ Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan peringkat negeri di Kem Johor Lama, Kota Tinggi.

Tahniah kepada dua orang kadet dari SK Sekudai Batu 10 yang telah lulus Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan peringkat negeri di Kem Johor Lama, Kota Tinggi.
Kem telah berlangsung dari 21 hingga 24 April 2019 dan peserta perlu melalui Ujian-ujian seperti Kawad Kaki, Kecergasan, Ikatan Simpulan, Bantu Mula, Ketatanegaraan dan Kerohanian.
Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka serta memupuk sahsiah diri yang tinggi.





Tuesday 16 April 2019

PENCAPAIAN ATLET SK SEKUDAI DI PERINGKAT MSS ZON SKUDAI/ MSSD JOHOR BAHRU DAN MSSJ TAHUN 2019

PENCAPAIAN SUKAN/PERMAINAN :

1. EMAS ACARA LOMPAT JAUH LELAKI 11 TAHUN ( MUHAMMAD RAFIQ BIN NORDIN)        -   PERINGKAT MSS ZON SKUDAI

2. TEMPAT KE EMPAT ACARA LOMPAT JAUH LELAKI 11 TAHUN ( MUHAMMAD RAFIQ BIN NORDIN)   -   PERINGKAT MSSD JOHOR BAHRU

3. TEMPAT KE EMPAT ACARA LONTAR PELURU LELAKI 11 TAHUN ( NURRIZ DANIEL)
    -   PERINGKAT MSS ZON SKUDAI

4. TEMPAT KE EMPAT ACARA 4X200 METER LELAKI 11 TAHUN (MUHAMMAD RAFIQ,    MUHAMMAD SYAFI RIZQI, AFIQ DANIAL, SHAH RIZWAN, DANISH SYAQUAN).
    -   PERINGKAT MSS ZON SKUDAI

5. NAIB JOHAN PERTANDINGAN TENPIN BOWLING BAWAH 12 TAHUN ( MUHAMMAD          HAIKAL BIN JAMIL) - PERINGKAT MSSD JOHOR BAHRU.

6. MEWAKILI JOHOR BAHRU KE PERINGKAT MSSJ DALAM TENPIN BOWLING BAWAH       12 TAHUN.

7. PUSINGAN KEDUA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT MSSD JOHOR BAHRU.

8. PERINGKAT KUMPULAN KEJOHANAN BOLA BALING LP BAWAH 12 TAHUN                        PERINGKAT MSSD JOHOR BAHRU.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA KEJOHANAN