Sunday 25 January 2015

Program Anakku Sayang & Aku janji UPSR 2015

Program Anakku Sayang & Aku janji UPSR 2015 telah diadakan pada
# Hari : Sabtu (24 januari 2015)
# Tempat : Dewan Sayed Mohamed.

Aktiviti yang dijalan kan adalah

# Ceramah motivasi Ibu Bapa
# Taklimat bersama Ketua Panitia dan Pentadbir
# Penyerahan Mentor Mentee

Program ini bertujuan untuk membantu ibu bapa membuat persedian bagi menghadapi anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR

Ia juga dapat memberi panduan dan sokongan kepada ibu bapa supaya yakin dengan pihak sekolah bagi membantu anak-anak menghadapi peperiksaan UPSR 2015.

Dengan terlaksananya program ini, diharap ibu bapa mendapat pendedahan tentang matapelajaran serta format kertas peperiksaan supaya ibu bapa lebih jelas dan dapat membantu anak-anak.

Semoga hubungan erat dan kerjasama ibu bapa murid dengan guru dapat dipupuk.

Akhir kata, haparan agar anak-anak didik tahun 6 2015 akan mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini.