Saturday 26 April 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN FROG VLE

FROG VLE


LDP utk guru2 sek telah diadakan pada Hari Sabtu (26/4/14) di Makmal komputer sekolah. 
Tujuan nya untuk memastikan setiap guru dapat menghasilkan atau membangunkan site untuk diri sendiri melalui aplikasi FROG VLE agar dapat digunakan bersama murid-murid.


Apakah itu Frog VLE?

FROG VLE adalah Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE)  yang merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.


Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

Dengan VLE pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. 


FROG VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.



Penceramah yg telah dijemput pada hari tersebut



Sesi penerangan oleh penceramah

Cikgu-cikgu membangunkan site sendiri


Sumbangan cenderamata kepada penceramah

Semoga dengan ada nya kursus ini guru-guru dapat mengaplikasikan Frog VLE dengan memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. 

Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

Tarikh:  22 April 2014
Hari: Selasa

Program ini merupakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.

Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.

Pihak sekolah juga turut sama melancarkan program ini di mana semua murid di minta membawa buku cerita dan selepas rehat semua murid di minta berkumpul di dewan bersama buku cerita masing-masing.