Tuesday 3 March 2015

Program Aku Insan Hebat 2015

Progran "Aku Insan Hebat" ini merupakan salah satu program motivasi untuk murid-murid tahun 6.
Program telah diadakan pada 2 Mac 2015 ( Isnin ), bertempat di Dewan Sayed Mohamed.

Program ini telah disampaikan oleh En Kamarul Azhar Bin Abdul Rahman dari Ahadan Coach dan disertai oleh 61 orang murid tahun 6.

Semoga program ini dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid-murid tahun 6 bagi mencapai kejayaan dan menjadi pelajar yang hebat.

Selain itu, Fasilitator juga menekankan kepentingan mendirikan solat bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Murid-murid juga didedahkan dengan panduan dan teknik belajar bagi menghadapi peperiksaan agar mempunyai matlamat yang jelas bagi mencapai target 5A's dalam peperiksaan UPSR 2015.