Thursday 23 April 2015

Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia

Pelancaran program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) peringkat sekolah telah diadakan pada 21 April 2015 (Selasa) bertempat di Dewan Sayed Mohamed

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.
Program KM1M 2015 di Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. Manakala pelancaran peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Kampung Pasir, Johor Bahru pada tarikh yang sama.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan
Pelancaran program ole GB Cik Zaharah Bt Md Som

Semua murid berkumpul di dewan 

Persembahan Action Song

Persembahan sajak Bahasa Cina

Persembahan bercerita Bahasa Inggeris

Persembahan bercerita Bahasa Melayu