Monday 24 November 2014

Keputusan UPSR 2014

Salam 1Malaysia,
Perhatian kepada semua. Keputusan UPSR 2014 dijangka akan diumumkan pada 26 Nov 2014 (Rabu). Kepada ibu bapa penjaga, tuan/puan boleh mendapatkan keputusan anak-anak tuan/puan di sekolah seawal jam 10 pagi di Dewan Sayed Mohammed, SK Sekudai Batu 10.
Terima kasih.
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

Friday 22 August 2014

SOLAT HAJAT PERDANA TAHUN 6 2014

Tarikh: 21 Ogos 2014
Hari : Khamis
Tempat : SK Sekudai Batu 10

Monday 19 May 2014

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2014

Sukan Tahunan Sekolah telah berjaya dilaksanakan pada:

Hari : Sabtu
Tarikh: 19 Mei 2014
Tempat : Padang SK Taman Tun Aminah.










Sunday 18 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2014

Sambutan Hari Guru setiap tahun pada 16 Mei 2014 (Jumaat)
Tema Hari Guru tahun ini. "Guru: Pencetus Kreativiti Penjana inovasi"


Sambutan Hari Guru Tahun 2014 ialah pada hari Ahad 18 Mei 2014.

Kek Sumbangan YDP PIBG

Atur Acara Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
1. Perarakan
2. Perhimpunan.
3. Sukaneka





Jamuan di MSuite Hotel

Kek Hari Guru tajaan BAWS

Cikgu-cikgu SKSBT 10


Wednesday 14 May 2014

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

Semua murid-murid SKSBT10 telah menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.
Peperiksaan bermula pada Ahad 11 Mei 2014 sehingga Khamis 15 Mei 2014

Selamat menjawab untuk semua murid-murid..
Semoga berjaya dengan cemerlang.



Saturday 26 April 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN FROG VLE

FROG VLE


LDP utk guru2 sek telah diadakan pada Hari Sabtu (26/4/14) di Makmal komputer sekolah. 
Tujuan nya untuk memastikan setiap guru dapat menghasilkan atau membangunkan site untuk diri sendiri melalui aplikasi FROG VLE agar dapat digunakan bersama murid-murid.


Apakah itu Frog VLE?

FROG VLE adalah Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE)  yang merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.


Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

Dengan VLE pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. 


FROG VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.



Penceramah yg telah dijemput pada hari tersebut



Sesi penerangan oleh penceramah

Cikgu-cikgu membangunkan site sendiri


Sumbangan cenderamata kepada penceramah

Semoga dengan ada nya kursus ini guru-guru dapat mengaplikasikan Frog VLE dengan memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. 

Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

Tarikh:  22 April 2014
Hari: Selasa

Program ini merupakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.

Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.

Pihak sekolah juga turut sama melancarkan program ini di mana semua murid di minta membawa buku cerita dan selepas rehat semua murid di minta berkumpul di dewan bersama buku cerita masing-masing.









Monday 21 April 2014

Teknik menjawab UPSR Sains UPSR 2014

Teknik menjawab utk murid2 tahun 6 bagi mp Sains telah diadakan hr ini..bertempat di dewan Sayed Mohamed SKSBT 10. Penceramah dijemput dr  Sk Perling 3 Pn Nor Hirdawati binti Ismail dgn panggilan mesra Cikgu Olyn telah memberikan teknik dan cara menjawab kertas sains bagi bahagian A dan B. Semoga murid yg hadir pada hari ini mendapat manfaat n keputusan yg cemerlang dalam UPSR nanti....

antara gambar2 semasa teknik menjawab







Thursday 20 February 2014

Program Anakku Sayang dan Aku Janji UPSR 2014

As salam...
Program ini telah dilaksanakam pada 15/2/2014 (Sabtu) bertempat di Dewan Sayed Mohamed
Program ini diadakan untuk meningkatkan prestasi anak didik yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Ianya turut dijayakan dengan kehadiran ibu bapa murid.


Ucapan Guru Besar

Aku Janji oleh murid-murid

Aku Janji Oleh Ibu bapa

Aku Janji oleh guru-guru

Penceramah yang telah dijemput

Antara ibu bapa dan murid yang hadir pada hari tersebut

Semoga dengan adanya program ini, ianya dapat membantu anak-anak  didik SK Sekudai Batu 10 mencapai keputusan yang cemerlang nanti... In Shaa Allah.....

Wednesday 19 February 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 bagi  sekolah akan diadakan pada 22 FEB 2014 (Sabtu).
Bertempat di Dewan Sayed Mohamed.
Semua ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis... 



AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 40

1. Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 
kali ke-39.

2. Membentangkan Laporan Tahunan PIBG 
sesi 2012/2014.

3. Membentang & Menerima Penyata Kewangan PIBG 
sesi 2012/2014.

4. Pembubaran AJK 2012/2014 dan Pelantikan AJK 2014/2016

5. Membahaskan usul-usul.

6. Perkara-perkara berbangkit

7. Ucapan Penangguhan.

8. Mesyuarat ditangguhkan.

Tuesday 18 February 2014

Majlis Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Keluarga Miskin


Sekolah telah mengadakan Majlis sumbangan untuk anak-anak yatim dan juga keluarga miskin.
Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dr. Hj. Zaini B. Hj. Abu Bakar. (ADUN Nusajaya)
Turut hadir adalah Tn Hj Muhd Nasir B Mohd Nor (Pengetua Rumah Kebajikan Raudhatul Mariam).


Antara gambar-gambar semasa majlis:
Ucapan oleh Guru Besar SK Sekudai Batu 10
Cik Zaharah Md Som

Ucapan oleh Adun Nusajaya
 YB Dr. Hj. Zaini B. Hj. Abu Bakar








Sesi Bergambar