Thursday 23 April 2015

Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia

Pelancaran program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) peringkat sekolah telah diadakan pada 21 April 2015 (Selasa) bertempat di Dewan Sayed Mohamed

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.
Program KM1M 2015 di Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. Manakala pelancaran peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Kampung Pasir, Johor Bahru pada tarikh yang sama.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan
Pelancaran program ole GB Cik Zaharah Bt Md Som

Semua murid berkumpul di dewan 

Persembahan Action Song

Persembahan sajak Bahasa Cina

Persembahan bercerita Bahasa Inggeris

Persembahan bercerita Bahasa Melayu

Wednesday 22 April 2015

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris 2015

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR telah diadakan untuk murid Tahun 6 pada 21 Airil 2015 (Selasa) bertempat di Dewan Sayed Mohamed.

Terima kasih kepada penceramah yang dijemput iaitu Pn Irene Rachel, dari SK Taman Tun Aminah 2 yang juga selaku Guru Cemerlang Bahasa Inggeris Daerah Johor Bahru.

 Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan

Bacaan Doa oleh Ustaz Mazlin B. Ibrahim 

Beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bengkel.


Semoga semua murid tahun 6 mendapat manfaat dan semangat yang bertambah lagi untuk menghadapi UPSR yang bakal ditempuh.

Monday 20 April 2015

~Program Pauatan Kasih 2015~

Program pautan kasih telah diadakan pada
Tarikh : 19 April 2015 ( Ahad)
Tempat : Dewan Sayed Mohamed
               SK Sekudai Batu 10

Program ini bermula dengan pendaftaran ibu bapa / penjaga bgi murid yang kerap ponteng sekolah dan hadir lewat.

Ucapan aluan oleh Guru Besar Cik Zaharah Bt Md Som


Seterusnya program motivasi dari penceramah jemputan iaitu Tn Hj Saiful Lizan Bin Suparman

Seterusnya diadakan sesi dialog Guru Besar bersama Ibu Bapa/penjaga.

Program ini bertujuan bagi
# membantu pihak sekolah mengurangkan masalah ponteng dan datang lewat.
# meningkatkan peratus kehadiran harian kepada 100%
#Perbincangan bersama antara ibu bapa dan pentadbir.

gambar-gambar lain program pautan kasih 2015





Friday 17 April 2015

Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR 2015

Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR telah diadakan untuk murid Tahun 6. 

Terima kasih kepada penceramah yang dijemput iaitu Pn Asmah Bt Ismail, dari SK Taman Perling 3 yang juga selaku penanda kertas UPSR. 


penyampaian cenderamata kepada penceramah

Semoga murid-murid mendapat manfaat dan semangat yang bertambah lagi untuk menghadapi UPSR yang bakal ditempuh.

Antara aktiviti yang telah diadakan semasa bengkel sedang dijalankan.





Thursday 16 April 2015

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR 2015

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR telah diadakan untuk murid Tahun 6. 

Terima kasih kepada penceramah yang dijemput iaitu Pn Noriah Bt Md Jidin, dari SK Taman Suria yang juga selaku JU Bahasa Melayu Johor Bahru dan juga penanda kertas UPSR. 


penyampaian cenderamata kepada penceramah

Semoga murid-murid mendapat manfaat dan semangat yang bertambah lagi untuk menghadapi UPSR yang bakal ditempuh.


bacaan doa oleh Ustaz Mazlin bin Ibrahim sebelum permulaan majlis

Ucapan perasmian oleh Guru Besar
Cik Zaharah Bt Md Som



Sunday 5 April 2015

Sesi Bergambar 2015

Sesi bergambar di antara guru-guru dan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 bagi tahun 2015 telah diadakan pada :-

Hari : Ahad 5 April 2015
Tempat : Dewan Syed Mohamed

Contoh-contoh gambar bagi sesi 2015

BarisanGuru-guru 2015 

Guru-guru dan staf sokongan 2015
 
Guru dan Murid Kelas 6 Bijak


Guru dan murid 4Arif