Sekolah
  Sekudai Batu 10 terletak di jalan Skudai. Kedudukannya lebih kurang 16
  km dari Bandaraya Johor Bahru. Sekolah ini ditubuhkan pda tahun 1956  
drengan nama asalnya Sekolah Rakyat Batu 10, Skudai. Sekolah ini pada  
mulanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang dibahagikan kepada empat  
buah bilik sahaja. Pada masa itu dua sesi persekolahan dijalankan. Sesi 
 pagi bagi sekolah kebangsaan dan pada sebelah petang digunakan bagi 
sesi  pelajar Sekolah Agama Skudai di bangunan yang sama. Sepanjang 
sesi  sekolah rakyat ini dua orang guru sahaja yang bertugas iaitu En. Semawi bin  Tamam dan En.Tauhid bin Marwan.
 Sekolah  Rayat Batu
 10 telah bertukar nama kepada sekolah  Kebangsaan Sekudai Batu 10 pada 
tahun 1960 diambil sempena Pokok Skudai.  Daripada mempunyai empat bilik
 darjah, sekolah ini telah ditambah  sebuah lagi bangunan iaitu Blok B 
yang mempunyai empat buah bilik darjah  dan sebuah bilik Guru Besar/ 
pejabat pada tahun 1971. Pada tahun 1971  sekolah ini telah digredkan 
dan diberi taraf sekolah gred A luar bandar  yang mana pada masa itu 
telah berlaku pertambahan murid. Sekolah  Kebangsaan Sekudai Batu 10 
telah dirasmikan oleh YB Tuan Syed Mohammad  bin Edros Al-Haj (AMJ,AMN) 
pada tahun 1971. pada tahun 1975 satu blok  bangunan yang berdaftar 
JKR4424 telah dibina iaitu blok C yang mempunyai  6 buah bilik darjah 
dan sebuah pejabat Guru Besar sehingga lebih kurang  1200 murid pada 
tahun 1989. sesi persekolahan masih dua sesi iaitu pagi  dan petang.
 Pada
 tahun 1995 sebuah  lagi bangunan tiga tingkat telah dibina di kawasan 
sekolah SK Sekudai  Batu 10 yang mengandungi 15 buah bilik darjah. 
Bilik-bilik ini telah  diubahsuai kepada bilik guru, pejabat, pra 
sekolah dan lain-lain.  Sehingga kini sekolah mempunyai empat blok 
bangunan A,B,C dan D dan  sebuah makmal komputer yang mula beroperasi 
pada bulan ogos 2003. dari  mula penubuhan 1956 sehingga sekarang SK 
Sekudai Batu 10 ditadbir oleh  11 orang Guru Besar.