Sunday 8 March 2015

Minggu Anti Dadah 2015

Program : Minggu Anti Dadah peringkat sekolah
Tarikh : 1 Mac hingga 5 mac 2015
Hari : Sepanjang hari persekolahan

Program ini bertujuan mendedahkan murid-murid dengan langkah-langkah pencegahan awal daripada terlibat dengan penagihan dadah serta bahaya bahan-bahan dadah dalam kehidupan seharian.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan

1. Majlis pelancaran Program Minggu Anti Dadah ~ dilaksanakan dengan ucapan dan bacaan perutusan Anti Dadah, diikuti dengan bacaan ikrar Anti Dadah yang diketuai oleh ketua murid semasa perhimpunan mingguan.

2. "5 Minit Anti Dadah" ~ Meyampaikan maklumat tentang dadah dan rokok kepada murid. Dilaksanakan pada waktu pagi sebelum waktu P&P dan waktu rehat. Disampaikan oleh Guru Bimbingan iaitu Pn. E'ellya Bt Ismail.

3. Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster ~ dijalankan pada waktu pendidikan seni di dalam kelas. Melibatkan semua murid tahap 1 dan 2.

4. Kuiz Anti Dadah ~ Murid menjawab kuiz yang diedarkan pada waktu luar P&P di mana muridboleh merujuk bahan di pondok PPDa sekolah, internet dan bahan bercetak. Melibatkan murid-murid tahap 2 sahaja.

5. Ceramah Anti Dadah ~ Disampaikan oleh Detektif Sarjan Zuhar B. Mohd Nor dari Bahagian Siasatan Jenayah narkotik IPD Johor Bahru Utara. Memberikan maklumat tentang jenis-jenis dadah, kesan pengambilan dadah dan hukuman bagi pesalah yang ditangkap memiliki dadah mengikut jenisnya.

6. Majlis Penutup Minggu Anti Dadah ~ Ucapan penutup tentang bahaya penglibatan diri dengan rokok dan dadah. Disampaikan oleh GPK HEM Pn. Zaleha Bt Abdullah.

#Penyampaian hadiah pertandingan melukis dan mewarna poster anti dadah serta kuiz anti dadah yang melibatkan semua murid dari Pra Sekolah hingga Tahun 6.



No comments:

Post a Comment