Sunday 8 March 2015

Program Kepimpinan Muda 2015

Program : Kepimpinan Muda 2015
Tarikh : 7 Februari 2015 (Sabtu)
Tempat : Dewan Sayed Mohamed

Program ini melibatkan Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Darjah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seramai 86 Orang.

Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar Cik Zaharah Binti Md Som. Beliau mengharapkan semua pemimpin mengetahui tugas masing-masing dan membantu guru-guru disekolah.

Seterus peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti aktiviti "ice breaking" yang diuruskan oleh Cik Siti Sara Bt Alizaman.

Manakala aktiviti dalam kumpulan pula dijalankan oleh En . Mohd Hairil Fitri B. Ja'afar ~ setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan mengikut arahan yang ditetapkan.

Majlis penutupan Kursus Kepimpinan Muda ini telah dirasmikan oleh GPK HEM Pn. Zaleha Bt Abdullah ~ Beliau mengharap semua pemimpin dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.





No comments:

Post a Comment